Tuesday, October 7, 2014

Salam Eidul Adha

Assalamualaikum.

Yeah, it seems that its too late to wish to all muslim, Hari Raya Aidil Adha. Tapi tu bukan masalahnya.

Dengar ni haha.

Nak jadikan cerita, raya kali ni aku tak dapat balik beraya bersama keluarga sebab cuti sekejap sangat. Kesian kami tau. Nasib baik kami tabah dan kuat semangat. Sehari sebelum raya, kami puasa beramai-ramai. Dan nak dijadikan cerita, si Sukri ni pulak teringin nak makan nasi kerabu. So, kami beramai-ramai satu kelas dengan bantuan Ustaz Fauzi dan Makde masaklah nasi kerabu. Haa, sedap tau. Budu, kerabu, kerisik semua ada.

Gamba hiasan semata haha. Nasi kerabu kami kaler kuning uolls.

Okay, tu pasal puasa. Besoknya tu raya. Ya Allah, tuhan je tahu cane rasa bila dengar takbir raya tu tau. Sayu je hati ni, teringat keluarga kat rumah. Hm. Tapi, alhamdulillah kami gembira sbb banyak dapat jemputan makan ihiks. Perut pun kenyang, hati gembira.

Petang tu, kami ke Bundung, masak kat surau sana. Alah, takde gamba lah pulak. Hm. Malam baru kami balik maktab. Besok nye pulak kitorang memasak kat maktab. Hari-hari makan daging. Perut pun makin membesar hahaha. Okay, banyak pulak membebel. Kbye.







#Rayadiperantauan
#Takdapatbalik


Tuesday, September 23, 2014

Assignments

Alhamdulillah.



Akhirnya semua assignment dah siap. Rasa puas, bahagia, gembira. Semua lah, dan ianya tak mampu diucapkan dengan lafaz hahahaha. Bayangkanlah, lapan assignment dalam masa sebulan kot. Hm Tuhan je yang tahu cane perasaan kitorang sekelas. Hm okaylah. Thats all. Byeeeee.


Tuesday, September 16, 2014

TRIP TO KUNDASANG 2D1N

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


Alhamdulillah, elaun dah masuk, jadi apa lagi, ke Kundasang lah kami. So, trip kali ni diketuai oleh Safwaa dan Well selaku orang Sabah hahaha cewahhh.

Dari Tuaran ke Kundasang, kitorang sewa dua buah kereta Proton Saga sebab kami semua 10 orang. So, sehari sebuah kereta RM 100, jadi kalau 2x200 total jadilah RM 400. Tu baru pengangkutan ke sana.

Penginapan pula, kitorang bermalam kat Kundasang Inn. Amik dua bilik jee sbb kami nak jimat hihi. So sebuah bilik RM 100 untuk semalam, jadi 2x100 jadilah RM 200.

Haaa, lepastu minyak untuk dua buah kereta tu 90x2, RM 180. Kalau kira tambah bahagi semua, sorang kena bayar tak sampai 100 pon, tapi kami kutip lebih untuk beli makanan sepanjang perjalanan. Maklumlah, perut kami pon nak makanan jugak kan hahaha ye ke tidok.

Okay, jom melancong bersama kami !!

DAY 1

Disebabkan ada beberapa masalah, kami terpaksa bergerak lewat. Hm :'(
Lepas settle semua, kami sarapan pagi dulu dekat Restoran Juara, Tuaran. The Best Kedai Nasi Ayam hahahaha. Dah siap makan, kami pon meneruskan perjalanan ke Kundasang. Sebenarnya, otw nak ke sana, kami nak singgah rumah terbalik tapiiiiiii kami terlepas. So, pedulikan rumah terbalik, kami terus ke Pekan Nabalu yang merupakan sebuah persinggahan untuk membeli cenderamata.

Dah siap bergambar, kami ke Kinabalu Park. Bayaran masuk untuk seorang dewasa RM 3.

Kinabalu Park, merupakan satu tempat tarikan pelancong. Tapi saya rasa takde apa yang menarik selain dapat rasa kesejukan udara haha. Tu je.

Okay lepas tu, kami terus ke Kundasang Inn untuk check-in. Lepas check-in, kami masuk solat dulu dan berehat. Then, keluar balik untuk ke Desa Cattle Farm. Serious, nak naik tempat ni jalan, Masya-Allah. Tuhan saja yang tahu. Tapi, bila dah sampai, alhamdulillah. Cantik, nyaman je rasa, dah la sejuk. Kitorang masuk free, sebab pakcik Well punya tempat haha.







Susu Freeeee!!!







Super Yummy Icecream

Lepas ke Desa Cattle Farm, kitorang pergi solat asar pulak kat atas bukit ni. Masjid ni lawa tau, dah laa air sejuuuuuk sangat. Lepas solat tu. kitorang berhenti tepi jalan, saja nak rasa udara sejuk Kundasang haha.




Okay, lepastu balik, mandi, solat maghrib. Malam tu kami keluar makan je. Ya Allah, sejuk malam tu tak payah cakap. Menyesal tak pakai baju tiga lapis haha.

DAY 2

Kitorang check out awal pagi sebab nak ke Ranau. So, meh laa tengok gambo haha.














Saturday, August 23, 2014

ONE HAPPY FAMILY

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, dan Salam 1 Kent.
Cewaaah hahaha. Semangat.



Okay. Nampak tajuk besar kat atas tu haa? One happy family? Mesti korang tertanya kan, apalah yang happy sangat. Semua orang ada family kot. Semua orang bahgia kot.

Ye ye. Betul tu semua andaian korang. Tapi, sekarang ni aku bukan nak cerita pasal keluarga sedarah sedaging ngan aku. But, person in our life with whom we do not have any blood relation. It is relation of love and affection towards each other. Gituww hahahaha. Semangat lepas habis speech, LOL.

Okay, family kedua lah kira nya ni. Duduk sabah jauh dari family, tak pernah buat aku rasa down even sometimes I do feel that. But, there's this people who always cheer my day here. Dorang ni la ibarat keluarga kedua aku, adik-beradik kedua aku. Walaupun kitorang kenal tak sampai dua bulan pon, aku dah dapat rasa ukhuwah kitorang. Ye lah, sekelas pon bukannya ramai pon, dahtu semua semenanjung. So, dorang lah kengkadang tempat aku tumpang sedih, tumpang gembira. Dan In shaa Allah aku akan tetap bersama dorang sepanjang lima tahun kat sini. In shaa Allah.

Kenapa rasa nak nangis ni? Huwaaa *wipe tears







Monday, August 4, 2014

PETUA AWET MUDA CARA ISLAM

ASSALAMUALIKUM semua.





PETUA 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu naik keatas dahi sambil berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali. Amalkan urutan ini setiap hari.

PETUA 2 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air, dan biarkan ia di dalam mulut selama sepuluh saat, dan sambil itu selawat 3 kali.

PETUA 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik seperti Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku dan rambut yang telah dipotong atau pun yang gugur.

PETUA 4 : Semasa berdandanmdi waktu pagi, amalkan membaca selawat ke atas nabi di kedua tapak tangan, dan raupkan ke muka serta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti nabi yusuf.

PETUA 5 : Hafalkan ayat 35-38 surah al-waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, bermula dari kepala.

Untuk mengetahui lebih banyak petua, korang bolehlaa jenguk SINI.

Hihi, okay byeee. Assalamualaikum.

Saturday, July 19, 2014

19072014

ASSALAMUALAIKUM.

Yeayy dah tak lama dah nak balik. So, semalam ceritanya kami berenam keluar berjalan ke KK. Disebabkan tak ramai kami terpaksalah naik van kat luar, I mean van yang benti-benti tu haa. Okay, on the way nak pergi sana tu, jalan sesak tak payah cakap lah. Ye lah, semua nak keluar bershopping kan, no wonder lah jalan teruk macam apa. Yang lawaknya, pakcik van ni memang terbaik lah hahaha. Nak cepat punya pasal punya lah dia menyelit hahaha. Jalan belah kiri yang sempit tu pon van tu muat nak memotong, padahal longkang besar mmg tepi tu jeee. Dalam hati aku ni berzikir, berdoa siap. Takut weh.

Sampai je Centre Point, beli beli sikit pastu solat zohor, kitorang terus gi pasar phillipine pulak. Jalan kaki okay. Jalan kaki, penat tak payah cakap lah. Dengan matahari terik atas kepala, mmg tekak kering lah hahaha dugaan berpuasa, biasalah kan. Lepas dah habiskan duit kat pasar tu beli brooch, amplang semua, kitorang pon terus berlari ke Suria sabah. Hahahah penat mmg tak terkata. Sampai sana je, semua amik tempat berehat.Kitorang tak buat muka kesian pon, tapi tak tahu lah kenapa org pandang hahahaha kitorang cantik kot. Opsss hahahha.

Lepas dah berehat, beli barang, makanan semua, kitoang terus balik. Yang bestnya balik naik van abg jimie hahaha. Dia amik kat suria sabah tu pastu hantar sampai IPG. Depan asrama. Lega. Hahaha lega sbb tak payah berjalan dah. Okbye.


Jom balik semenanjung. Yeay.




Tuesday, July 8, 2014

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP)

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul tak update blog ni. Rasanya last aku update blog, dua tahun lepas. Oh time tu otak pon masih kanak kanak ribena hahaha.

Alhamdulillah, sekarang ni aku kat IPG, Sabah. Dah dekat tiga minggu kot kat sini so far semua okay je. Makan pon okay semua okay lah. IPG kitorang ni dekat ngan bandar so tiap tiap hari keluar pergi bazaar beli makanan untuk berbuka. Cakap pasal berbuka, tahun ni tahun pertama aku puasa jauh dari keluarga. Takpe, athirah kena kuat. Kena tabah, redha. Cakap nak jadi cikgu kan. Lepasni balik cuti raya, pelukmumi abah kuat kuat. Lepaskan rindu habis habis hahaha sebab cuti tak lama pon.

Okay berbalik kepada topik asal. Sebelum aku masuk IPG aku dah masuk matrik, nak dekat sebulan kot. Serious, time first week aku kat matrik aku nak sangat dapat IPG kota bharu sbb aku rasa dekat ngan rumah so that aku boleh balik selalu. Tapi bila dah lama kat sana, aku dah start sayang classmates aku, roommates, sayang matrik, sayang semua. Kat matrik, aku lagi rapat ngan classmates aku berbanding dengan roommates sbb most of the time aku spend time ngan dorang. Yelah rehat ngan dorang, makan ngan dorang, study sekali. Semua sekali lah. Bila aku nak pindah je, classmates aku lah paling kuat menangis, dan aku menangis sbb tinggalkan dorang. Time aku ngan roommates takdelah aku menangis tapi rasa sedih tu ada lah kan, menipu lah kalau cakap takde langsung. Serious, aku rindu dorang semua. Rindu nak belajar ngan dorang, rindu nak lepak.


Hari Pertama Kuliah

Berbasikal keliling KMPP

Makmal Komputer

Riadhah

Lake View

Bilik Tutor

Cafe

:)

:)

:)

Lab

Kelas


Last Day, Jamuan Perpisahan :(



Sedih.
Rindu.
Tak terkata.
Kbye.

Assalamualaikum.