Tuesday, October 7, 2014

Salam Eidul Adha

Assalamualaikum.

Yeah, it seems that its too late to wish to all muslim, Hari Raya Aidil Adha. Tapi tu bukan masalahnya.

Dengar ni haha.

Nak jadikan cerita, raya kali ni aku tak dapat balik beraya bersama keluarga sebab cuti sekejap sangat. Kesian kami tau. Nasib baik kami tabah dan kuat semangat. Sehari sebelum raya, kami puasa beramai-ramai. Dan nak dijadikan cerita, si Sukri ni pulak teringin nak makan nasi kerabu. So, kami beramai-ramai satu kelas dengan bantuan Ustaz Fauzi dan Makde masaklah nasi kerabu. Haa, sedap tau. Budu, kerabu, kerisik semua ada.

Gamba hiasan semata haha. Nasi kerabu kami kaler kuning uolls.

Okay, tu pasal puasa. Besoknya tu raya. Ya Allah, tuhan je tahu cane rasa bila dengar takbir raya tu tau. Sayu je hati ni, teringat keluarga kat rumah. Hm. Tapi, alhamdulillah kami gembira sbb banyak dapat jemputan makan ihiks. Perut pun kenyang, hati gembira.

Petang tu, kami ke Bundung, masak kat surau sana. Alah, takde gamba lah pulak. Hm. Malam baru kami balik maktab. Besok nye pulak kitorang memasak kat maktab. Hari-hari makan daging. Perut pun makin membesar hahaha. Okay, banyak pulak membebel. Kbye.







#Rayadiperantauan
#Takdapatbalik


No comments:

Post a Comment